Monday, August 18, 2008


10, 000 sertai perarakan bantah UITM buka kepada bukan bumiputera

Jangan Biarkan Hak Melayu Terhakis...

Tindakan MB Selangor membuka UITM 10% kepada bukan bumiputera benar-benar menconteng arang ke muka seluruh bangsa melayu dan bumiputera di Malaysia. Apakah sebenarnya politik yang diinginkan oleh MB Selangor sehingga ingin mengurangkan hak keistimewaan anak bangsanya sendiri. Sedar tak sedar, itulah hakikat dan kebenarannya. Namun, api yang membara dalam dada setiap generasi pemuda-pemuda yang bergelar mahasiswi UITM di seluruh negara bangkit membantah memorandum MB Selangor demi mempertahankan nilai keistimewaan anak bangsa melayu yang lebih lima dekad lamanya. Ayuh, wahai pemuda bangsa melayu terus bangun memperkasakan diri dalam menongkah arus yang mencabar dan mempertahankan hak kistimewaan kita daripada terhakis sedikit demi sedikit.

Wednesday, August 13, 2008

Pemuda, Puteri UMNO selar Khalid

Noraini Ahmad bermesra dengan pelajar-pelajar semasa menghadiri majlis memberi pendedahan kepada pelajar yang mendapat Biasiswa dari Mara dan Kementerian Pertahanan untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia dalan jurusan Perubatan di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - Gambar SHAIFUDIN MOHD NOR
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO hari ini sepakat menyelar cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar kuota 10 peratus diwujudkan untuk pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Kedua-dua sayap UMNO itu melihat cadangan tersebut sebagai contoh nyata tembelang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sanggup menggadai hak orang Melayu dan bumiputera demi mendapatkan undi popular kaum-kaum lain.
Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda, Ahmad Ikmal Ismail berkata, jika PKR mendapat kuasa lebih luas di negara ini, maka tidak mustahil bumiputera di negara ini digadai atau dijual terus maruah mereka untuk kepentingan politik pakatan pembangkang.
"Saranan Menteri Besar Selangor ini jika diterima pakai akan membawa lebih keburukan dan bahaya untuk pembangunan serta kestabilan negara dalam jangka masa panjang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sidang berkenaan turut disertai Pengerusi Biro Pendidikan Puteri UMNO, Nolee Ashilin Radzi dan Setiausaha Penerangan Puteri, Nashua Fauzun.
Tambah beliau, Abdul Khalid sebenarnya turut menipu kaum-kaum lain apabila mencadangkan kuota 10 peratus itu dibuka.
"Beliau sendiri cukup sedar bahawa akta berkaitan penubuhan UiTM menyatakan institusi pengajian tinggi awam itu adalah untuk bumiputera sahaja.
"Ini jelas menunjukkan beliau hanya ingin bermain dengan sentimen kaum-kaum lain untuk menggembirakan mereka dan sebenarnya tidak berniat untuk berbuat apa-apa," katanya.
Menurutnya, jika Abdul Khalid begitu bersemangat dalam bidang pendidikan, maka beliau mungkin boleh memulakan langkah berkaitan di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang dimiliki oleh kerajaan negeri.
Abdul Khalid, kata beliau, perlu lebih bertanggungjawab dan memberi cadangan-cadangan yang membina pada masa hadapan dan bukannya bermain politik yang merugikan seluruh rakyat.
Dalam pada itu, Nolee berkata, cadangan Abdul Khalid itu memperlekehkan keupayaan sebenar graduan bumiputera di mata kaum lain.
"UiTM terbukti menghasilkan graduan yang diterima baik dalam pasaran kerja dan ia tidak perlu dibuka kepada bangsa lain untuk meningkatkan kualiti dan persaingan di institut tersebut," katanya.
Beliau berkata, motif Abdul Khalid mahukan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera menimbulkan persoalan dan ia juga sebenarnya tidak perlu dilakukan kerana kerajaan tidak pernah mendiskriminasikan bidang pendidikan terhadap kaum lain.
Tambahnya, tindakan Menteri Besar Selangor itu mungkin bertujuan menjaga hati rakan-rakan bukan Melayu dalam pakatan pembangkang yang hubungannya kini semakin rapuh di negeri itu.

Sunday, August 10, 2008